Filem Fitna Geert Wilders

Filem dokumentari Fitna disiarkan menerusi internet menunjukkan penghinaan terhadap Islam dengan memetik beberapa ayat Al-Quran dengan imej latar serangan pengganas.[1] Filem Fitna sepanjang 15 minit ini telah ditayangkan kepada kira-kira 60 orang Dewan Tinggi Britain pada 6 Mac 2010. Filem ini memutarbelitkan ayat-ayat Al-Quran sebagai menganjur keganasan.

Pada 31 Mac 2008, semua rangkaian pasaraya Mydin memboikot produk barangan Belanda kerana bantahan kepada filem anti-Islam, Fitna.Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd Datuk Ameer Ali Mydin mewnyokong kempen boikot oleh Persatuan Pengguna Islam (PPIM) dan Pemuda Barisan Nasional. Semua barangan import dari Belanda akan dilabel pelekat warna merah. Senarai produk Belanda yang diboikot disebarkan ke masjid-masjid dan surau-surau . Tiada siapa berhak mengutuk agama-agama lain. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi setuju dengan kempen boikot itu.[2]